Thursday, April 2, 2009

PENGGUNAAN GAJET ELEKTRONIK DI SM3KB

Surat siaran berhubung perkara di atas telah diedarkan kepada semua ibubapa/penjaga yang anak mereka berada di sekolah ini.
Penggunaan gajet elektronik di sekolah merupakan isu yang sering diperkatakan di kalangan masyarakat. Pelbagai masalah wujud kesan dari penggunaan gajet elektronik tersebut sehingga menimbulkan kerumitan bagi pihak pengurusan sekolah menanganinya.
Penggunaan telefon bimbit,MP3, MP4,VCD/DCD player dan play station (PSP) adalah DILARANG dan merupakan satu kesalahan dari sudut disiplin. Jika pelajar didapati membawa dan menggunakannya di sekolah, gajet elektronik tersebut akan diambil dan disimpan oleh pihak sekolah selama 1 tahun dan 2 penalti akan dikenakan.
Namun selaras dengan status SEKOLAH BESTARI PERDANA, gajet elektronik seperti pendrive/thumbdrive. dan lap top (Notebook), adalah DIBENARKAN. Penggunaannya adalah bagi maksud pendidikan dan di bawah tanggungjawab pelajar sepenuhnya. Pihak sekolah tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan khususnya kehilangan.